fb fb fb fb fb

Johor sedia lahir atlet berpotensi, mahu kekal juara SUKMA tahun hadapan

(Penolong Pengarah Seksyen Kecemerlangan Atlet Remaja MSN Johor, Muhammad Fauzi Bahren)

JOHOR BAHRU, 14 Julai- Johor sedia melahirkan atlet-atlet berpotensi tinggi dalam usaha mengekalkan kejuaraan Sukan Malaysia, (SUKMA) yang dijadual diadakan di Sarawak,
tahun hadapan.

Pelbagai program akan dirangka dan dilaksanakan lebih awal untuk mencari dan memilih bakat-bakat baharu mewakili negeri itu nanti.

Penolong Pengarah Seksyen Kecemerlangan Atlet Remaja, MSN Johor, Muhammad Fauzi Bahren berkata pengambilan atlet melibatkan kerjasama pelbagai persatuan sukan negeri Johor.

Katanya ia tertumpu kepada kemahiran dan prestasi ditunjukkan, sebelum diputuskan mewakili Johor.

"Kebiasaannya kejohanan mcm ini akan dihadiri ketua-ketua jurulatih jadi mereka akan menilai kemahiran dan prestasi masing-masing. Maka apabila mencapai kita punya 'standard' , pihak kami akan ambil untuk sertai program yang akan kami gilapkan lagi mereka punya skil," katanya.

Beliau ditemui selepas penyerahan kit Decathlon Rise Up Gold Junior Siri1/2023 di Velodrom Johor, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Sebanyak 1,450 kit diserahkan kepada peserta-peserta bawah 16 tahun yang menyertai enam jenis sukan antaranya , petanque, memanah dan wushu.


(Program penyerahan kit Decathlon Rise Up Gold Junior Siri 1/2023 di Velodrom Johor, Iskandar Puteri, Johor Bahru)

Media Baharu