TORONTO, 3 Ogos- Pemain pilihan ke-11, Karen Khachanov berjaya menundukkan Casper Ruud, 6-4, 7-5 pada Sabtu sekali gus mara ke suku akhir Terbuka Kanada.
Dalam perlawanan tersebut, Kachanov mempamerkan aksi cemerlang dengan memenangi 29 daripada 30 mata servis pertama (96.7%) untuk menewaskan pilihan kelapan itu.
Pemain Rusia itu melakukan tujuh ace daripada 29 pukulan menang untuk menyingkirkan Ruud dan melangkah ke suku akhir kejohanan Masters 1000 ke-10 dalam kariernya.
Ruud dari Norway pula mencatat 23 pukulan menang termasuk sembilan ace.
Khachanov seterusnya akan berdepan pilihan ke-26, Alex Michelsen, yang menewaskan rakan senegaranya, Learner Tien, 6-3, 6-3 untuk turut mara ke suku akhir.
Michelsen memenangi 72.2% mata servis pertama (26 daripada 36) ketika menewaskan rakan karibnya itu, dibantu oleh 20 kesilapan sendiri dilakukan Tien. -REUTERS