fb fb fb fb fb

Rodri masih perlukan masa untuk pulih - Guardiola

Ketua pasukan Manchester City, Rodri ketika beraksi menentang Arsenal/Foto REUTERS

MANCHESTER, 1 Oktober - Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan pemain tengahnya, Rodri masih belum bersedia untuk beraksi tiga perlawanan seminggu.

Kenyataan itu dikeluarkan Guardiola ketika pemain itu berusaha untuk mendapatkan semula tahap kecergasan maksimum menjelang aksi Liga Juara Eropah menentang AS Monaco.

Pemenang Ballon d'Or itu kembali pada Mei lalu selepas berehat panjang akibat kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL).

Rodri kemudiannya mengalami kecederaan pangkal paha ketika saingan Piala Dunia Kelab pada Julai.

“Dia tidak boleh lakukan lebih baik sebagai kapten,” kata Guardiola.

“Dia antara yang terbaik dalam sesi latihan, seorang pemain luar biasa, begitu bijak dan pintar. Dia mampu bermain di pelbagai posisi. Kami benar-benar gembira memilikinya", ujar Guardiola. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD