fb fb fb fb fb

RM45 juta peruntukan Pusat Belia di Ipoh

IPOH, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan bakal mewujudkan Pusat Belia di Ipoh, Perak dengan peruntukan RM45 juta.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pusat berkenaan merupakan tempat aktiviti golongan belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti untuk kegunaan mereka.

"Kami telah mengenal pasti sebidang tanah di sini untuk mewujudkan sebuah pusat belia dan saya sedang berurusan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah tersebut jadi saya harap perkara ini dapat dijalankan segera supaya kita dapat segerakan pembinaan pusat itu untuk kegunaan belia di Perak," katanya.

Jelas beliau kemudahan berkenaan bakal menjadi fasiliti ketiga dalam negara selepas Johor dan Pulau Pinang.

Pusat aktiviti belia kita adakan pelbagai fasiliti disana dimana para belia boleh berkumpul dan gunakan fasiliti-fasiliti di bangunan yang kita sediakan nanti.

"Peruntukan yang kita telah sediakan untuk pembinaan Perak Youth Centre ni sebanyak RM45 juta dan tentunya rakyat Perak akan rasa gembira dengan kewujudan Perak Youth Centre ni", katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini.


(Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadiri majlis berbuka puasa bersama
warga Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh)

Media Baharu