ISKANDAR PUTERI, 26 April - Menjelang aksi ke-5 menentang pasukan belasahan Guangzhou FC esok.
Johor Darul Takzim (JDT) sedia bangkit daripada kekalahan besar 0-5 keatas Kawasaki Frontale Ahad lalu.
Kemenangan membolehkan JDT kembali bernyawa untuk merebut kedudukan kedua terbaik dalam kumpulan I dan layak kepusingan seterusnya.
Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora berharap anak buahnya dapat menampilkan aksi terbaik untuk kembali merekodkan mata, khususnya keatas lawan yang belum mengutip sebarang mata ketika ini.
Ditanya mengenai misi memburu kelebihan gol sebelum aksi terakhir menentang Ulsan Hyundai, Benjamin tetap berhati-hati dengan kejutan Guangzhou FC yang pastinya mahu mencari bekalan satu mata pada kempen kali ini.
(Benjamin dalam satu sidang media)
"Pertama sekali, kami (JDT) ingin menampilkan aksi terbaik dan untuk menang, kami perlu menjaringkan gol. Jika ada peluang dan permainan juga terbuka, kami boleh membuka ruang menghasilkan gol awal dan cuba mencari sebanyak mana gol," kata Benjamin di sini.
Ketika ini JDT terikat 7 mata dengan Ulsan Hyundai selepas 4 perlawanan dan dijangka menentukan kemaraan pada aksi terakhir pada Sabtu ini.
Sementara itu Jurulatih Guangzhou FC, Pan Yong He berharap moral pemain kekal positif meskipun belum merekodkan sebarang mata pada kempen kumpulan
"Untuk perlawanan menentang JDT, kami akan fokus kepada pertahanan memberi tekanan kepada mereka. Apa yang paling penting ialah kami dapat menampilkan aksi terbaik," kata Pan Yong He.
Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan JDT berjaya mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas Guangzhou FC.