KONYA, 16 Ogos - Pelumba basikal trek Britain, Matt Richardson sekali lagi mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia miliknya sendiri dalam acara pecut 200 meter lelaki, pada Jumaat.
Dalam aksi di Velodrom Konya, Richardson mencatat masa luar biasa 8.857 saat, sekali gus memperbaharui rekod 8.941 saat yang dilakukannya sehari sebelum itu.
Pencapaian pada Khamis menjadikan Richardson pelumba lelaki pertama dalam sejarah berjaya menamatkan acara berprestij itu dengan catatan bawah sembilan saat.
Menurut British Cycling, kejayaan terbaharu ini didorong keyakinan pelumba berusia 25 tahun itu yang merasakan masih mampu mempamerkan kayuhan lebih pantas selepas penampilan hebatnya sehari sebelumnya. - REUTERS