fb fb fb fb fb

Retegui milik Atalanta

Penyerang Itali, Mateo Retegui/Foto REUTERS

ROME, 9 Ogos-Juara Liga Europa, Atalanta telah bersetuju menandatangani penyerang Itali, Mateo Retegui dari kelab jirannya,Genoa, kata jurucakap kelab berkenaan pada Khamis.

Tiada sebarang butiran didedahkan berhubung perjanjian berkenaan, namun media Itali berkata perjanjian tersebut bernilai kira-kira 28 juta Euro atau AS$30.57 juta.

Pemain berusia 25 tahun itu yang dilahirkan di Argentina itu telah bermain sebanyak 12 perlawanan antarabangsa sejak membuat penampilan pertama pada 2023.

Retegui turut bermain pada keempat-empat perlawanan bersama Itali pada kejohanan Euro 2024 yang dilangsungkan di Jerman baru-baru ini.

Kehadiran Retegui dilihat sebagai tonik tambahan buat Atalanta dan pengurus pasukan,  Gian Piero Gasperini yang mengkritik pasukan berkenaan yang disifatkan tidak kompetetif berbanding musim lepas.

Retegui bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang utama kelab tersebut,  Gianluca Scamacca yang terpaksa direhatkan selama enam bulan akibat kecederaan Ligamen Kolateral Lateral (LCL).-REUTERS 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD