KUCHING, 9 Ogos- Orang ramai boleh mula muat turun aplikasi SUKMA 21 Sarawak bagi mendapatkan maklumat terkini sepanjang temasya tersebut sehingga ke Para Sukma.
Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, aplikasi tersebut mengandungi semua maklumat yang diperlukan yang akan dikemaskini secara masa sebenar.
Ini termasuk jadual, profil atlet dan juga jumlah pengutan pingat dan dijangka sedia sepenuhnya sebelum temasya bermula.
"Masa ini kit semua memounyai telefon pintar dan memandangkan SUKMA adalah satu temasya yang amat penting saya berharap semua rakyat Sarawak memuat turun supaya kita tahu apa yang berlaku dari hari ke hari dan berapa pengutan pingat.
"Saya percaya semua kontinjen yang lain yang datang apabila mengetahui tentang apa berlaku ini atau umum hari ini mereka juga akan memuat turun aplikasi ini kerana mudah untuk mereka mengetahui pengutan pingat,"katanya.
Beliau berkata demikian di Pelancaran Command Centre Sukma 21 Sarawak 2024 dan Aplikasi SUKMA 21 Sarawak 2024 di Kuching.
Katanya Command Centre tersebut akan berperanan membantu Sekretariat Sukma memantau perjalanan Sukma dan juga Para SUKMA di 50 lokasi sukan berlangsung di sembilan bahagian di Sarawak.
Ini merangkumi maklumat logistik, penginapan, pengankutan, sajian dan sukarelawan serta petugas.