fb fb fb fb fb

'Resepi' Pan Gon bentuk skuad terbaik: Reputasi pemain dalam Liga M bukan kriteria utama

KELANA JAYA, 14 Disember- Persiapan Skuad Harimau Malaya menjelang kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN-AFF 2022.

Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon tidak akan memandang reputasi pemain dalam liga domestik sebagai kriteria utama pemilihan 23 skuad akhir ke kejohanan tersebut.

Sebaliknya, hanya pemain yang mampu bermain mengikut taktikal dinginkan bakal menjadi keutamaan beliau.


(Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon)

Menurut Pan Gon, pasukan kejurulatihan membuat analisis menyeluruh bagi memastikan kesemua 23 pemain akhir mampu menggalas tugas berat.

"Apa yang saya nak katakan sebenarnya saya menilai ciri-ciri pemain, secara taktik, strategi, teknikal, menyesuaikan pasukan kami dengan baik dan juga keagresan, keluarga, dinamik, kepandaran, pintar, semua apa yang kami minta.

"Keputusan akhir akan mengikut keperluan taktikal, bukan kemampuan individu seseorang pemain," kata Pan Gon semasa sesi sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.

Pan Gon dijangka mengumumkan senarai akhir 23 pemain selepas perlawanan persahabatan berdepan Maldives malam nanti.

Malaysia bakal membuka kempen kumpulan B Piala AFF berdepan Myammar di Yangon pada 21 Disember.

Media Baharu