fb fb fb fb fb

Republik Czech bangkit tewaskan AS, sahkan slot ke Final 8 Piala Davis

FOTO REUTERS

FLORIDA, 13 September - Pasukan Republik Czech bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Amerika Syarikat sekali gus mengesahkan slot ke pusingan akhir Final 8 Piala Davis tahun ini.

Amerika Syarikat terlebih dahulu dilihat berada di landasan kemenangan selepas gandingan beregu Austin Krajicek dan Rajeev Ram menewaskan Tomas Machac serta Jakub Mensik untuk mendahului 2-1, dengan Taylor Fritz bersedia turun ke gelanggang.

Namun, Jiri Lehecka yang kini menghuni ranking ke-16 dunia mengejutkan pemain nombor lima dunia itu, apabila mencatat kemenangan 6-4, 3-6, 6-4 sekali gus meraih kemenangan sulung ke atas Fritz dan menyamakan kedudukan 2-2.

Aksi penentuan antara Frances Tiafoe dan Jakub Mensik akhirnya menjadi pemisah, apabila pemain ranking ke-17 dunia itu mudah menundukkan Tiafoe 6-1, 6-4 untuk melengkapkan kebangkitan Republik Czech dengan keputusan akhir 3-2.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE