fb fb fb fb fb

Jovic, Arango mara ke pentas akhir Terbuka Guadalajara, buru gelaran sulung WTA

Pemain remaja Amerika Syarikat, Iva Jovic / REUTERS

GUADALAJARA, 14 September - Pemain remaja Amerika Syarikat, Iva Jovic mara ke aksi akhir Terbuka Guadalajara selepas menewaskan wakil Czech, Nikola Bartunkova 6-3, 6-7(5), 6-3 pada peringkat separuh akhir, pagi tadi.

Pemain berusia 17 tahun itu yang kini menghuni ranking ke-73 dunia bermula cemerlang apabila memenangi tiga permainan awal sebelum menguasai set pertama dengan kelebihan 5-2.

Bartunkova bangkit memberikan tentangan seimbang pada set kedua yang berakhir menerusi tie-break, namun Jovic kembali menguasai permainan pada set penentuan untuk menamatkan aksi hampir tiga jam bagi mengesahkan penampilan sulung di final kejohanan WTA.

Dalam satu lagi separuh akhir kejohanan WTA 500 itu, pemain Colombia, Emiliana Arango menunjukkan aksi tenang menundukkan wakil Perancis, Elsa Jacquemot 6-4, 7-5 dalam tempoh kurang dua jam.

Arango yang muncul naib juara di Merida pada Februari lalu, turut memburu gelaran sulung perseorangan WTA.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE