fb fb fb fb fb

Real Madrid waspada bertemu Celtic

FOTO AFP

GLASGOW, 7 September- Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menjangkakan saingan sengit bakal diberikan pasukan lawan, Celtic dalam aksi pertama Kumpulan F, awal pagi ini.

Jelas beliau, pasukan lawan tidak akan memberikan laluan mudah kepada Real yang ketika ini dalam misi mempertahankan gelaran kejohanan.

Jelas beliau, Celtic juga akan memanfaatkan aksi di laman sendiri sekali gus memerlukan Real lebih berwaspada dalam aksi tersebut.

"Perlawanan bakal berlangsung lebih sengit. Sama seperti kami, Celtic amat hebat dalam aksi di laman sendiri, mereka pasti akan melakukan yang terbaik.

Kami juga telah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan dan kami mahu memulakan aksi Liga Juara-Juara Eropah ini dengan keputusan terbaik," kata Carlo Ancelotti.

Selain Celtic, Real turut diundi dalam Kumpulan F bersama RB Leipzig, Shakhtar Donetsk.

Perlawanan akan bermula pukul 3.00 pagi hari ini di Stadium Celtic Park.


(Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti/AFP)

 

Media Baharu