fb fb fb fb fb

Rahadiazli kembali berlatih bersama TFC

KUALA NERUS, 7 September- Sensasi kehangatan perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini mencipta pelbagai debaran khususnya buat Terengganu FC (TFC) berikutan insiden kecederaan penjaga gol mereka Rahadiazli Rahalim pada perlawanan sebelum ini dalam aksi Liga Super menentang Melaka United (MUFC).

Namun setelah mendapat 'lampu hijau', beliau kembali ke padang untuk menjalani latihan bersama pasukan sekaligus memberi harapan yang besar buat skuad di bawah kendalian Nafuzi Zain ini.


(Penjaga gol TFC Rahadiazli Rahalim atau dikenali 'Abey')

Beliau yang mesra dikenali sebagai 'Abey' meletakkan harapan yang tinggi untuk kembali beraksi pada perlawanan penentu Piala FA yang amat dinantikan untuk bertemu Johor Darul Ta'zim(JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil walaupun kecederaan yang dialaminya belum pulih 100 peratus.

'Abey' yang juga penjaga gol skuad kebangsaan Bawah 23 tahun(B23) tekad untuk bersama-sama pasukan memburu gelaran di pentas akhir sepanjang kariernya sekaligus menamatkan kemarau 11 tahun pasukan untuk kembali menjulang trofi penuh keramat itu.

Terdahulu sewaktu aksi perlawanan Liga Super menentang Melaka United FC(MUFC) yang memihak kepada TFC berkeputusan 5-0 di laman sendiri, Rahadiazli terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu setelah tidak sedarkan diri akibat bertembung dengan pemain lawan sewaktu cuba menyelamatkan bola dalam kotak penalti pada minit ke-46 permainan.

Menurut 'Abey' penjaga gol Terengganu FC, selepas berehat panjang , dia cuba untuk kembali beraksi.

"Saya untuk yang tahun lepas saya berehat panjang, tahun ini rezekiTerengganu masuk final memang semua orang hendak main. Ini saya anggap sebagai cabaran untuk saya masuk final dan satu dugaan," katanya kepada RTM.

Media Baharu