fb fb fb fb fb

Real Madrid pinjam Kepa

(FOTO AFP)

MADRID, 15 Ogos - Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu akan bersama skuad 'Galaticos' sehingga Jun tahun hadapan.

Real memerlukan penjaga gol baharu selepas penjaga gol utamanya Thibaut Courtois terpaksa diketepikan hingga akhir musim ini akibat kecederaan ACL.

Kepa menyertai Chelsea daripada Athletic Bilbao pada 2018 dengan nilai perpindahan £71.7 juta pound.

Penjaga gol berusia 28 tahun memenangi satu gelaran Liga Juara-Juara, satu Piala Dunia Kelab dan satu Liga Europa sepanjang lima tahun bersama 'The Blues'.

Kecederaan Courtois menjadi tamparan hebat buat Real kerana mereka perlu beraksi tanpa khidmat salah seorang pemain utama untuk masa hadapan.

Courtois menyertai Real dari Chelsea pada 2018 selepas memenangi dua kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga ketika di Stamford Bridge.

Dia dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2022 selepas mempamerkan salah satu prestasi terhebat penjaga gol dalam aksi final trofi Eropah.-REUTERS


(Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois terpaksa diketepikan sehingga akhir musim
akibat kecederaan ACL/FOTO AFP)

 

 

Media Baharu