fb fb fb fb fb

Kunlavut Vitidsarn mara ke Pusingan 16 Terbuka Indonesia

Kunlavut Vitidsarn mudah tewaskan Tzu Wei Wang, dengan keputusan 21-14, 21-12. - Reuters

JAKARTA, 4 Jun - Pemain perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn mudah melayakkan diri ke kelompok 16 terbaik dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025.

Dalam aksi di Istora Senayan, di sini hari ini, pilihan kedua kejohanan itu hanya memerlukan 38 minit untuk menewaskan pemain Taiwan, Tzu Wei Wang, dengan keputusan 21-14, 21-12.

 0406 SKN VITIDSRAN INDON OPEN 3
Loh Kean Yew turut mara ke pusingan seterusnya. - Reuters

Turut mara bersama Vitidsarn ialah pemain Singapura, Loh Kean Yew, yang menang 22-20, 21-9 ke atas pemain India, Kiran George, serta Chia Hao Lee dari Taiwan yang menewaskan pemain China, Guang Zu, dengan keputusan 22-20, 24-26 dan 21-13.

 0406 SKN VITIDSRAN INDON OPEN 5
Tomoka Miyazaki tumpaskan Michelle Li. - Reuters

Dalam undian wanita, pilihan ketujuh dari Jepun, Tomoka Miyazaki, menewaskan pemain Kanada, Michelle Li, 19-21, 21-14 dan 25-23 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 20 minit.

 0406 SKN VITIDSRAN INDON OPEN 6
Yue Han turut mara. - Reuters

Yue Han dari China juga mara selepas menewaskan pemain Singapura, Yeo Jia Min, dengan keputusan 21-19, 21-19. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK