fb fb fb fb fb

Tang Jie-Ee Wei dilantik sebagai duta Allianz Malaysia

Pemilihan Tang Jie- Ee Wei sebagai duta mengambil kira usaha keras mereka sehingga menjadi insirasi di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR, 2 Januari - Juara dunia beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei dipilih menjadi duta Allianz Malaysia Berhad bermula semalam yang membolehkan gandingan No. 4 dunia itu terlibat secara aktif dalam kempen syarikat berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, pemilihan Tang Jie- Ee Wei sebagai duta mengambil kira usaha keras mereka sehingga menjadi insirasi di seluruh dunia.

“Kami percaya bahawa kejayaan bertaraf dunia itu dicapai hasil disiplin, ketabahan dan motivasi untuk terus berjaya. Ia bukan hanya tentang bakat tetapi tentang konsistensi, ketahanan dan keberanian untuk terus maju," katanya dalam kenyataan.

Pada Ogos tahun lepas, beregu campuran negara itu menjadi juara Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris.

Kejayaan bersejarah itu hadir pada Hari Kebangsaan ke-68, sekali gus menjadikannya hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Tang Jie-Ee Wei disahkan sebagai juara selepas mudah menundukkan gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14.

JALALUDDIN BIN BAHARIN