MELBOURNE, 2 Januari - Juara Grand Slam sebanyak tujuh kali, Venus Williams mendapat tiket wildcard untuk beraksi pada kejohanan Tenis Terbuka Australia.
Sekali gus menjadikannya sebagai pemain tertua yang menyertai kejohanan tenis profesional tahunan paling berprestij di dunia tersebut.
Pemain kelahiran Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu dijadual turun di Melbourne Park pada 18 Januari depan.
"Saya sangat gembira apabila dapat kembali ke Australia dan berharap dapat beraksi dengan baik. Saya mempunyai banyak pengalaman berharga di sana dan saya sudah tentu menghargai peluang yang diberikan untuk turun kembali di Melbourne.
Sebagai persediaan Williams yang juga bekas juara Terbuka Australia sebanyak empat kali akan beraksi dalam perlawanan pemanas badan pada kejohanan Auckland Classic minggu hadapan.
Dia kemudiannya akan menyertai perlawanan Antarabangsa Hobart sebelum terbang ke Melbourne. - AFP
