LAS ROZAS, 4 Jun - Sepanyol mengadakan sesi latihan hari ini menjelang separuh akhir UEFA Nations League menentang Perancis.
Skuad itu kemudian akan bertolak ke Stuttgart, Jerman bagi perlawanan berkenaan dan jurulatih Luis de la Fuente serta pemain tengah Pedri dijadual mengadakan sidang media sebelum aksi bermula.
Perlawanan separuh akhir antara Sepanyol dan Perancis akan dijadualkan pada 5 Jun dengan pemenangnya akan menentang sama ada Jerman atau Portugal yang beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Dalam pada itu, penyerang sensasi Sepanyol dari kelab Barcelona, Lamine Yamal, berkata anugerah Ballon d'Or tidak akan ditentukan berdasarkan prestasi dalam minggu ini.
Selain Yamal, beberapa calon lain bagi anugerah itu, turut beraksi dalam kejohanan UEFA Nations League termasuk penyerang Paris St Germain (PSG) dari Perancis, Ousmane Dembele. - REUTERS