fb fb fb fb fb

Mancini ucap 'ciao Azzuri'

(FOTO AFP)

ROME, 14 Ogos- Roberto Mancini telah meletak jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Itali, umum Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) pada Ahad.

FIGC berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menerima keputusan mengejut Mancini untuk berundur, lewat petang semalam .

“Disebabkan komitmen penting pasukan yang menghadapi kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara dan Ukraine, FIGC akan mengumumkan nama jurulatih kebangsaan baharu dalam beberapa hari akan datang,” tambah persekutuan itu.

Mancini dilantik pada Mei 2018 selepas kegagalan Itali untuk layak ke Piala Dunia 2018 di bawah kendalian Gian Piero Ventura.

Bekas pemain antarabangsa, Mancini membantu pasukannya memenangi Euro 2021 tetapi kemudian gagal melayakkan Itali ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Perletakan jawatan Mancini dilihat sebagai satu kejutan besar tanpa sebarang tanda amaran.

Awal bulan ini bekas pemain berusia 58 tahun itu juga telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan Bawah 21 dan Bawah 20 tahun negara.

Akhbar Itali telah membuat spekulasi bahawa Luciano Spalletti disebut-sebut sebagai pengganti Mancini selepas menamatkan penantian 33 tahun Napoli untuk gelaran Serie A musim lalu, sebelum melepaskan jawatannya.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu