fb fb fb fb fb

PSM senarai 15 pemain ke Program Sukan Asia 2022

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyenaraikan 15 daripada 25 pemain ke Program Sukan Asia 2022 sebagai persediaan mengharungi temasya itu di Hangzhou, China pada September ini.

Timbalan Presidennya Datuk Abdul Halim Suleiman berkata pemilihan pemain tersebut dinilai barisan kejurulatihan kebangsaan berdasarkan prestasi semasa di Sukan SEA 2023, Liga Sepak Takraw (STL) 2022/23 dan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai 2023.

Beliau berkata, senarai nama tersebut mempunyai campuran pemain baharu dan senior bagi memastikan kesinambungan pemain berpengalaman berterusan.

"Senarai nama ini, ada pemain baharu, ada juga pemain lama. Pertama, untuk jangka masa panjang kita perlu yakin untuk memastikan pemain baharu ini menjadi pemain pelapis mengantikan pemain-pemain lama,"katanya.

Kesemua pemain tersebut akan bertolak ke Ratchaburi, Thailand untuk berlatih di sana selain turut serta dalam Kejohanan Piala Pattaya sebagai sebahagian persiapan ke Sukan Asia.


(Timbalan Presiden PSM Datuk Abdul Halim Suleiman)

Media Baharu