fb fb fb fb fb

Mo’unga bantu Toshiba Brave Lupus rangkul gelaran Liga Ragbi Jepun One

Foto AFP

TOKYO, 1 Jun - Bekas bintang pasukan ragbi New Zealand All Blacks, Richie Mo’unga berjaya membantu kelabnya Toshiba Brave Lupus merangkul gelaran Liga Rugby Jepun One dengan kemenangan 18-13 ke atas Kubota Spears.

Pada perlawanan sengit yang berlangsung di Stadium Nasional Tokyo itu, Mo’unga membuka tirai jaringan dengan satu try seawal minit kelapan.

Gerakan liciknya sekali lagi berjaya membantu mencipta try kedua pasukannya menerusi hantaran kepada Yuto Mori selepas satu ‘dummy’ berjaya memperdaya pertahanan lawan pada separuh masa kedua.

Mo’unga turut menyumbang lapan mata menerusi sepakan penalti dan conversion.

Ia kejuaraan kedua berturut-turut bagi Mo’unga bersama Toshiba, selepas beliau menyertai kelab itu dengan kontrak tiga tahun. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN