fb fb fb fb fb

Ratusan penyokong PAOK protes aksi Liga Europa lawan Maccabi Tel Aviv

Foto Reuters

THESSALONIKI, 25 September- Ratusan penyokong pasukan bola sepak PAOK bersama kumpulan penunjuk perasaan lain mengadakan perarakan di pusat bandar Thessaloniki pada Rabu, sambil melaungkan pelbagai slogan dan mengibarkan bendera Palestin.

Protes itu dilancar sebagai tanda bantahan terhadap perlawanan Liga Europa UEFA yang mempertemukan PAOK dengan kelab Israel, Maccabi Tel Aviv.

Para penunjuk perasaan turut membawa sepanduk bertulis “Your pitch your choice. Boycott Israel” dan “No to displacement and genocide” sebagai tanda bantahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai tindakan “menghalalkan dasar Israel melalui sukan”.

Mereka menuduh Israel melakukan genosid di Gaza serta menuntut pasukan dari negara itu dikecualikan daripada pertandingan Eropah.

Pihak berkuasa tempatan turut dikerah bagi memantau perarakan tersebut yang berlangsung beberapa jam sebelum ketibaan pasukan Maccabi Tel Aviv di Stadium Toumba. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM