fb fb fb fb fb

Ranking Harimau Malaya di tangga ke-116 dunia

Foto Facebook Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 20 November - Meskipun kemelut luar padang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) namun ia tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya, apabila pasukan itu merekodkan peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi kemas kini terbaharu yang dikeluarkan, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu berada pada kedudukan 116 sekali gus melonjak dua anak tangga, berbanding tempat ke-118 pada Oktober lalu.

Sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa, skuad kebangsaan berada di kedudukan ke-131 pada April lalu.

Sementara itu, Thailand terus mengekalkan kedudukannya sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara dengan berada di tangga ke-95 dunia, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).

Jepun pula kekal mendominasi carta Asia dengan ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).

Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan statusnya sebagai pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina Perancis masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI