fb fb fb fb fb

Ranking Azizulhasni melonjak

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Peluang Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tampak cerah dalam usahanya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini selepas kedudukan ranking dunianya melonjak naik di kedudukan ketiga bagi acara keirin dan keenam bagi acara pecut.

(FOTO UCI.ORG)

Berdasarkan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), ranking acara keirin individu pelumba berusia 35 tahun itu melonjak tiga anak tangga dari kedudukan keenam dunia.

Manakala bagi acara pecut individu, 'The Pocket Rocketman' itu berada di tempat keenam, melonjak 13 anak tangga.

Perkara itu dikongsikan Datuk Azizul menerusi platform media sosial miliknya.

Pencapaian itu hasil kejayaannya membawa pulang pingat emas acara keirin dan pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) baru-baru ini.

Sepanjang penyertaannya dalam saingan ACC, Datuk Azizulhasni telah meraih 12 pingat emas.

Media Baharu