fb fb fb fb fb

Ott Tanak pendahulu pusingan pertama Rali Safari

(Ott Tanak dengan kereta Ford / WORLD RALLY)

NAIROBI, 23 Jun- Bekas juara dunia Ott Tanak muncul pendahulu spada pusingan pembukaan Rali Safari kali ke-70 di Kenya pada Khamis.

Peringkat pembukaan 'super special' dengan jarak 4.84km di pinggir Nairobi menyaksikan juara dunia 2019 Tanak yang memandu M-Sport Ford tiba di garisan penamat dengan kelebihan 0.1 saat di depan Sebastien Ogier.

"Rali Safari Kenya adalah salah satu perlumbaan yang mencabar. Kemenangan saya pada hari ini akan menentukan rentak perlumbaan selepas ini," kata Tanak.

Di kedudukan ketiga, adalah rakan sepasukan Ogier dari Toyota, Kalle Rovanpera yang menang di Kenya tahun lalu dalam perjalanannya untuk merangkul gelaran dunia.

Pemenang di Sardinia, Thierry Neuville mencatat masa terbaik bagi pasukan Hyundai, di kedudukan keempat, diikuti Elfyn Evans, Esapekka Lappi dan Takamoto Katsuka.-AFP


(Sebastien Ogier dengan kereta Toyota / WORLD RALLY)

Media Baharu