fb fb fb fb fb

Draf NBA: Wembanyama pilihan pertama Spurs

(FOTO AFP)

NEW YORK, 23 Jun- Victor Wembanyama dari Perancis jadi pilihan pertama Draf NBA musim ini selepas dipilih oleh pasukan San Antonio Spurs pagi tadi.

Pemain dengan ketinggian 7 kaki 4 inci (2.24m) berusia 19 tahun itu dilihat memeluk ahli keluarganya ketika namanya diumumkan untuk sertai Spurs yang menerima slot pilihan pertama pada draf tersebut bulan lepas.

"Saya baru sahaja mencapai sesuatu yang saya impikan sepanjang hidup," kata Wembanyama dalam keadaan sebak kepada ESPN berikutan pemilihan yang diumumkan oleh pesuruhjaya NBA Adam Silver di Barclays Center di New York.

"Mendengar pengumuman itu daripada Adam Silver, saya sangat teruja, saya menangis," tambah Wembanyama.

Sebelum ini, nama Wembanyama menjadi sebutan ramai dan dijangka bakal jadi pilihan pertama pada Draf NBA kali ini.

Bintang muda itu juga dianggap sebagai bakat muda yang mendapat liputan meluas selepas Lebron James yang menyertai Cleveland Cavaliers pada draf 2003.

Di San Antonio, peminat Spurs berkumpul di Pusat AT&T yang mempunyai kapasiti 19,000 penonton untuk menyaksikan majlis draf di skrin gergasi dan melaungkan penghargaan mereka apabila pemilihan Wembanyama disahkan.

Pagi tadi, Wembayama memakai sut hijau gelap, dengan gembira menandatangani autograf untuk peminat beberapa minit sebelum majlis draf berlangsung.

Dalam temu bual dengan ESPN sebelum pemilihannya, Wembanyama berkata beliau teruja untuk dengan cabaran yang bakal dihadapi dalam saingan NBA dan bertekad untuk menjadi bintang di dalam dan di luar gelanggang.

"Saya tahu saya boleh membawa lebih daripada sekadar bola keranjang ke Perancis," kata Wembanyama.

"Jelas sekali, matlamat saya adalah sentiasa untuk memenangi kejuaraan. Tetapi juga kepada komuniti, kepada pangkalan peminat yang saya tahu saya boleh membawa lebih banyak lagi."-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu