(Pertahanan Rangers James Tavernier (kanan) meraikan jaringan ketika aksi separuh akhir kedua Liga Europa menentang RB Leipzig di Stadium Ibrox,Glasgow/AFP))
PARIS, 6 Mei - Kelab Bundesliga Jerman, Einthratch Frankfurt akan menentang Rangers F-C dari Scotland dalam perlawanan akhir Liga Europa.
Pasukan tuan rumah, Frankfurt mara hasil kemenangan agregat 3-1 menewaskan kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham setelah menang 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua.
Eintracht Frankfurt/REUTERS)
Bermula dengan defisit 1-2, tugas West Ham menjadi sukar apabila pemain pertahanan, Aaron Cresswell dilayangkan kad merah seawal minit ke-19.
Rangers pula menyingkirkan satu lagi kelab Bundesliga, R-B Leibzig dengan agregat 3-2, hasil kemenangan 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua.
Di Glasgow, Rangers menyingkirkan satu lagi kelab Bundesliga, R-B Leibzig dengan agregat 3-2, hasil kemenangan 3-1.
Gol kemenangan dijaringkan oleh pemain tengah John Lundstram, 10 minit sebelum wisel penamat.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di Seville, Sepanyol pada 18 Mei. -AFP