fb fb fb fb fb

Nik Akif mahu jadikan kekecewaan edisi 2019 sebagai pengajaran

KUALA LUMPUR, 5 Mei- Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara perlu menjadikan kegagalan edisi lalu sebagai pengajaran dalam misi membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA 2021 Hanoi yang akan bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Kapten pasukan, Nik Akif Syahiran Nik Mat berkata, kekecewaan tersebut wajar dijadikan azimat buat skuad muda negara itu bagi mengelakkan ‘mimpi ngeri’ tersingkir awal berulang sekali lagi.

Nik Akif yang beraksi pada temasya edisi 2019 di Filipina bagaimanapun mengakui, dia dan rakan sepasukannya tidak boleh sesekali memandang rendah kemampuan pihak lawan.

Perancang tengah itu menjelaskan, semua pemain dalam skuad B-23 Harimau Malaya tidak akan mengambil mudah cabaran daripada mana-mana pasukan walaupun lawan yang ditentang itu nanti berstatus pasukan kerdil. 


(Nik Akif bersama Skuad Bawah B-23  ketika sesi latihan di padang)

Pada edisi 2019 di Filipina, Malaysia menamatkan saingan kumpulan di kedudukan kedua tercorot, sekali gus gagal mara ke peringkat kalah mati.

Dua tahun sebelum itu, skuad negara beraksi cemerlang dengan memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Bagi edisi di Hanoi kali ini, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen acara bola sepak dengan menentang jaguh Sukan SEA, Thailand, Sabtu ini.

Skuad kendalian Brad Maloney itu kemudian dijadual bertemu Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja pada 16 Mei bagi memburu dua slot teratas kumpulan untuk layak ke peringkat separuh akhir. 

Media Baharu