fb fb fb fb fb

Feyenoord akan menentang Roma dalam perlawanan akhir edisi pertama Liga Konferensi Europa

(Pemain Roma meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Liga Persidangan UEFA antara AS Roma dan Leicester City di Stadium Olimpik /AFP)

PARIS, 6 Mei - Perlawanan akhir Liga Konferensi Europa yang julung kali diadakan bakal menemukan kelab Belanda, Feyenoord dengan kelab Serie A Itali, A-S Roma.

Feyenoord yang bertandang ke Marseille, menewaskan wakil Perancis itu dengan agregat 3-2 setelah terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir kedua.

(FOTO AFP)

Manakala di Rome, Roma menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dengan agregat 2-1 selepas menang 1-0.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 25 Mei di Tirana, Albania. -AFP

Media Baharu