fb fb fb fb fb

Rali Chile: Fourmaux jadi tumpuan selepas Tanak tersingkir

FOTO AFP

CHILE, 13 September - Adrian Fourmaux kini mendahului saingan Rally Chile selepas Ott Tanak terpaksa menarik diri daripada perlumbaan.

Fourmaux memanfaatkan peluang selepas juara dunia itu berdepan masalah teknikal yang memaksanya berundur.

Situasi itu sekali gus mengubah landskap persaingan awal kejohanan.

Prestasi konsisten di peringkat khas menyaksikan pemandu Perancis itu kini menjadi pencabar utama untuk menamatkan rali dengan keputusan podium, sementara pesaing lain berusaha mengejar dalam keadaan laluan berdebu dan mencabar di Chile.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE