fb fb fb fb fb

Philipsen dominasi peringkat ke-19 Vuelta a Espana

FOTO AFP

GUIJUELO, 13 September - Pelumba Belgium, Jasper Philipsen (Alpecin-Deceuninck), memenangi peringkat ke-19 Vuelta a Espana selepas menjuarai pecut beramai-ramai di Guijuelo.

Philipsen, yang kini mengumpul tiga kemenangan peringkat pada edisi tahun ini, menewaskan Mads Pedersen dari Denmark yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Jonas Vingegaard, mengekalkan kedudukan selamat dalam kumpulan utama selepas meraih empat saat bonus di pecut pertengahan di Salamanca, sekali gus menjarakkan lagi kedudukan dengan pencabar terdekat, Joao Almeida.

Peringkat ke-20 pada Sabtu bakal menjadi peluang terakhir buat Almeida untuk cuba merapatkan jurang dalam laluan pergunungan yang dijangka mencabar.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE