TOKYO, 13 September - Atlet Sepanyol, Maria Perez mempertahankan gelaran dunia acara jalan kaki 35 kilometer apabila muncul juara pada Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, hari ini.
Perez, 29, menamatkan saingan dengan catatan 2 jam 39 minit 01 saat sekali gus meraih emas dunia ketiganya, selepas mengungguli acara 20km dan 35km di Budapest tahun lalu.
Sementara itu, atlet Kanada, Evan Dunfee turut mencuri tumpuan apabila memenangi emas kategori lelaki dengan catatan 2 jam 28 minit 22 saat, menewaskan wakil Brazil, Caio Bonfim.
Dalam acara lain, Amerika Syarikat melangkah ke saingan akhir 4x400 meter berganti-ganti campuran selepas mencatat masa 3 minit 10.18 saat dalam pusingan saringan.-AFP

Atlet Kanada, Evan Dunfee / AFP