MANCHESTER, 30 April- Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Austria dengan kontrak dua tahun.
Pengendali dari Jerman itu menegaskan dia akan tetap meneruskan tugasnya sebagai perunding kepada kelab itu meskipun perlu membimbing skuad Austria layak ke Euro 2024.
Rangnick sebelum ini akan digantikan oleh Erik ten Hag sebagai pengurus di Old Trafford hujung musim ini.
(Ketua jurulatih Manchester United, Ralf Rangnick/ AFP)
Namun, semalam Presiden Persatuan Bola Sepak Austria, Gerhard Milletich berkata, pihaknya turut melantik Rangnick sebagai jurulatih dengan kontrak 2 tahun.
Kontrak tersebut akan dilanjutkan 2 tahun lagi sekiranya dia berjaya membawa Austria layak ke kempen Euro 2024.
Rangnick dijangka memulakan tugas dengan skuad kebangsaan Austria pada hujung Mei depan selepas berakhirnya musim Liga Perdana Inggeris. -AFP