fb fb fb fb fb

Ragbi Piala Agong: PDRM melangkah ke final tumpaskan Terengganu

(Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) melangkah ke separuh akhir Ragbi Piala Agong/FOTO Tigers Super Sports)

SERDANG, 15 Oktober - Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) melangkah ke separuh akhir Ragbi Piala Agong selepas menyingkirkan naib juara edisi lalu, pasukan Terengganu 20-17 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Saingan yang berlangsung petang semalam menyaksikan, Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi try Harriz Ezzat Hamidon hasil larian di sebelah kiri kubu lawan.

Enggan terus ketinggalan, PDRM yang diketuai tonggak kebangsaan, K. Dineshvaran atau dikenali sebagai Dugro memperkemas permainan dan memperoleh tiga mata selepas dihadiahkan penalti.

Dugro terus cemerlang menghasilkan 'try' sebelum 'conversion' Muhammad Amirul Aqil Kamsol selepas itu memastikan PDRM menutup aksi separuh masa pertama dengan keputusan 10-7.

Terengganu kembali mendahului pada babak kedua apabila Mohamad Nasharuddin Ismail dan Mohammad Nazreen Fitri masing-masing menyumbang mata menerusi 'try' dan 'conversion'

Keputusan itu bagaimanapun tidak kekal lama selepas 'try' Bula Aisaka dan penalti Lee James Chapman mengesahkan kemenangan 20-17 PDRM keatas Terengganu.

PDRM bakal berdepan Sabah pada aksi separuh akhir yang akan berlangsung pada 18 Oktober di Perak.


(Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) melangkah ke separuh akhir Ragbi Piala Agong/FOTO Tigers Super Sports)

Media Baharu