fb fb fb fb fb

Syeikh Jassim enggan perbaharui bidaan miliki Manchester United

(FOTO FB BleacherReportFootball)

LONDON, 15 Oktober - Jutawan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani, individu yang dikaitkan sebagai antara pemilik baharu kelab Manchester United dilaporkan tidak akan memperbaharui bidaanya sebanyak 6 bilion Pound bagi mendapatkan kelab bola sepak ikonik berkenaan.

Sumber yang rapat dengan jutawan itu berkata, Sheikh Jassim telah memberitahu pemilik Manchester United, Keluarga Glazer berkaitan keputusannya itu.

Langkah tersebut menyebabkan bindaan bagi mendapatkan kelab Liga Perdana Inggeris itu kini tertumpu kepada Pengerusi Ineos, jutawan dan ahli perniagaan Jim Ratcliffe.

Ratcliffe dikatakan menawarkan untuk membeli hanya 25 peratus kepentingan dalam kelab tersebut.

Namun setakat ini, perjanjian tersebut belum mencapai kesepakatan.

Nilai bidaan yang ditawarkan Ratcliffe tidak didedahkan, namun menurut sumber nilainya jauh lebih tinggi mengatasi tawaran Sheikh Jassim.

Ketika ini, nilai pasaran saham kelab Manchester United adalah kira-kira 3 bilion Pound.

Jassim yang sebelum ini berjanji bakal melakukan pelaburan sebanyak 1.7 bilion Pound sekiranya berjaya memiliki Manchester United dikatakan masih berminat bagi meneruskan perjanjian, namun telah memberitahu keluarga Glazer, dia tidak berminat meneruskan proses bidaan memandangkan rundingan selama sembilan bulan yang dilakukannya menemui jalan buntu.-REUTERS

rtm
(FOTO www.caughtoffside.com)

Media Baharu