fb fb fb fb fb

Nagelsmann lulus ujian pertama

(FOTO AFP)

NEW YORK, 15 Oktober -Ketua jurulatih baharu Jerman, Julian Nagelsmann menikmati kejayaan pertamanya selepas menyaksikan skuad bimbingannya berjaya menewaskan Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan persahabatan pada Sabtu.

Tuan rumah Euro 2024 itu yang mengalami detik suram selepas tumpas 4-1 kepada Jepun pada bulan lalu kelihatan tajam di hadapan pintu gol AS dengan jaringan menerusi Ilkay Gundogan, Niclas Fuellkrug, dan Jamal Musiala pada perlawanan yang dilangsungkan di East Hartford, Connecticut.

Pada perlawanan tersebut, pasukan AS terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ketua pasukan, Christian Pulisic sebelum Gundagon menyamakan kedudukan sebelum rehat. Jerman kemudian menambah dua lagi gol menerusi Fuellkrug dan Musiala pada separuh masa kedua.

Pemain tengah AS, Weston McKennie menegaskan prestasi pasukannya merosot selepas separuh masa pertama.

"Kami kelihatan tidak tersusun dan kucar-kacir. kami hanya bertahan di kotak penalti sepanjang masa", kata McKennie.

Amerika Syarikat bakal meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan bertemu Ghana di Nashville, Tennessee pada Selasa, sementara Jerman bakal berdepan Mexico di Philadelphia.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu