fb fb fb fb fb

Ragbi Piala Agong 2022: Putrajaya julang kejuaraan buat kali pertama

SHAH ALAM, 4 Disember-Pasukan Putrajaya melakar sejarah muncul Johan ragbi Piala Agong 2022 sekaligus menamatkan penantian bagi menjulang trofi berkenaan buat kali pertama mengalahkan Terengganu 18-15 di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang.

Putrajaya dilihat lebih mendominasi perlawanan pada separuh masa perlawanan setelah mendahului Terengganu 6-0 menerusi tendangan penalti Simione Tuivanuavou Bulai pada minit ke-14 dan ke-25 sebelum menutup aksi babak pertama dengan keputusan 13-5.


(Sekitar perlawanan akhir ragbi Piala Agong 2022)

Namun, separuh masa kedua tampak berbeza dimana pasukan Terengganu memberikan asakan dan berjaya merapatkan jurang 13-12 menerusi 'try' oleh Noor Alif Ikhmal Noor Hisham disusuli sepakan conversionĀ oleh Muhammad Faris Pead pada minit ke-48.

Walaupun Terengganu dapat menambah mata dengan tedangan penalti oleh Muhammad Faris, namun skuad kendalian Brad Mika berjaya menembusi benteng Terengganu dan melakukan 'try' Badrul Muktee pada minit ke-71 meletakkan mereka kembali di depan, 18-15.

Beberapa serangan dari pasukan pantai timur agak tumpul dan keputusan 18-15 kekal sehingga tiupan wisel penamat sekali gus mengesahkan kejuaraan milik pasukan Putrajaya.

Sementara itu, jurulatih Putrajaya, Brad Mika mengakui bangga dengan pencapaian dilakar barisan pemainnya itu sekali gus menepati sasaran ditetapkan untuk muncul juara edisi ke-38 kali ini.

"Pemain mempamerkan semangat juang tinggi dalam perlawanan kerana mereka sememangnya membara untuk memastikan Putrajaya muncul juara buat kali pertama", katanya ketika ditemui media selepas perlawanan.

Sejak kejohanan diperkenalkan pada 1983, Putrajaya tidak pernah muncul juara kejohanan berprestij itu dengan pencapaian terbaik mereka adalah mara ke separuh akhir pada edisi 2009.

Media Baharu