fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Scaloni tak sabar jumpa Van Gaal

(FOTO AFP)

DOHA, 4 Disember-Jurulatih Argentina Lionel Scaloni berkata beliau semamangnya menantikan pertemuan pasukannya menentang Belanda kendalian Louis Van Gaal pada pertemuan suku akhir nanti.

Argentina mara ke kelompok lapan terbaik selepas berjaya menewaskan Australia 2-1 pagi tadi.

Sementara Belanda pula menewaskan Ameika Syarikat (AS), 3-1 dalam satu lagi pertemuan.

(Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memberi arahan kepada pemain semasa kejohanan
Piala Dunia 2022 / FOTO AFP)


Pertemuan tersebut memberi makna besar kepada Scaloni yang menganggap Van Gaal sebagai idolanya ketika bergelar pemain di La Liga (Liga Sepanyol).

"Saya bermain di Deportivo La Coruna ketika dia (Van Gaal) menjadi pengurus Barcelona dan dia sudah pun mempunyai nama besar. Saya berbangga dapat menentang pasukannya.Semua orang tahu sumbangannya kepada sukan bolasepak", kata Scaloni ketika ditanya tentang pandangannya terhadap pengurus berusia 71 tahun itu.

Pengurus berusia 44 tahun itu berkata skuad Belanda pada kejohanan kali ini tidak sehebat generasi sebelumnya, namun tetap memberi ancaman terhadap kesebelasan pasukannya.

"Pasukan Belanda tidak sehebat generasi terdahulu, namun mereka tahu apa yang mereka lakukan," kata Scaloni.

"Semestinya akan menjadi perlawanan bersejarah buat kedua-dua pasukan. Kami harap kami dapat mara ke fasa seterusnya", kata Scaloni kepada media.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada separuh akhir Piala Dunia 2014.

Argentina berjaya menewaskan Belanda 4-2 menerusi sepakan penalti.


Media Baharu