fb fb fb fb fb

Ragbi: Connor Garden-Bachop meninggal dunia pada usia 25 tahun

Connor Garden-Bachop

WELLINGTON, 18 Jun- Pemain Otago Highlanders, Connor Garden-Bachop disahkan meninggal dunia pada usia 25 tahun pada Isnin.

"Connor meninggal dunia pada hari Isnin berikutan komplikasi perubatan, dan tumpuan kolektif ragbi pada masa ini adalah untuk menyara keluarganya," kata New Zealand Rugby dalam satu kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut.

Garden-Bachop, anak kepada bekas pemain All Blacks Stephen Bachop, beraksi untuk Highlanders dalam pertandingan Ragbi Super musim ini.

Pemain sayap itu, yang juga bermain ragbi wakil untuk Maori All Blacks, berasal dari keluarga pemain antarabangsa New Zealand.

Ibunya, Susan Garden-Bachop, bermain untuk Black Ferns New Zealand, manakala bapa saudaranya Graeme Bachop juga bermain untuk All Blacks.

Garden-Bachop, yang mempunyai dua anak kembar perempuan, membuat penampilan sulungnya untuk Highlanders pada 2021, dan membuat 30 penampilan dalam Super Rugby.

Dalam catatan terbaru di platform media sosial Instagram, Garden-Bachop memuji pasukan yang berpangkalan di Dunedin itu.

"Terima kasih @highlandersteam untuk lima tahun yang tidak dapat dilupakan," tulisnya.

"Terima kasih kepada semua orang di selatan kerana membuat saya berasa seperti di rumah sendiri, dan terima kasih kepada pemain, saya sngat seronok di sini, saya akan merindui anda semua. Sampai masa yang akan datang."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE