fb fb fb fb fb

Euro 2024: Mbappe patah hidung

Ketua pasukan perancis, Kaylian Mbappe diberi rawatan selepas alami patah hidung pada aksi menentang Austria/Foto REUTERS

DÜSSELDORF, 18 Jun- bintang bola sepak dan ketua pasukan Perancis,Kaylian Mbappe mengalami patah ketika pasukannya menang 1-0 pada aksi menentang Austria pada Isnin, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam satu kenyataan.

Menurut FFF, Mbappe dijangka tidak akan menjalani sebarang pembedahan sebaliknya akan memakai topeng pada perlawanan akan datang.

Pada perlawanan menentang Austria kelmarin (Isnin), Mbappe yang berebut bola di udara terlibat dalam insiden pelanggaran dengan pertahanan Austria, Kevin Danso mengakibatkan hidungnya patah.

Bintang Perancis berkenaan dilihat meninggalkan padang pada minit ke-90 dengan berlumuran darah di hidung.

Sumber rapat memaklumkan,Mbappe berkata dia mengalami patah hidung.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) Philippe Diallo memberitahu pemberita bahawa kecederaan yang dialami Mbappe tidak memerlukan pembedahan.

Kenyataan yang dikeluarkan FFF mengesahkan Mbappe telah menjalani ujian di sebuah hospital di sini bagi mengetahui tahap kecederaannya sebelum kembali menyertai pasukan yang berpangkalan di Paderborn.

"Topeng akan diberikan kepada Mbappe untuk membolehkannya kembali beraksi selepas menjalani tempoh rawatan", tambah kenyataan itu.

Namun, tiada sebarang kepastian sama ada Mbappe akan diturunkan pada perlawanan menentang Belanda di sini.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps dilihat tidak optimis ketika memperkatakan tentang peluang Mbappe diturunkan pada perlawanan akan datang.

"Situasinya agak buruk.Keadaannya tidak begitu baik.Hidungnya patah.Itu perkara buruk buat kami", kata Deschamps.

Pada perlawanan tersebut, Mbappe digantikan dengan penyerang veteran susulan kecederaan yang dialaminya.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD