fb fb fb fb fb

Green layak ke Olimpik Paris 2024

Pemain Golf profesional negara, Gavin Green/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Pemain golf profesional negara Gavin Green menjadi atlet terbaharu layak ke Temasya berkenaan selepas berupaya menempatkan diri dalam kelompok 60 pemain terbaik Ranking Golf Olimpik.

Lebih membanggakan ini juga adalah kali ketiga berturut-turut Gavin layak ke Sukan Olimpik.

Atlet berusia 30 tahun itu mendapat tempat di Paris 2024 selepas menduduki tangga ke-53 dalam Ranking Golf Olimpik.

Pencapaian Gavin pada Sukan Olimpik ialah meraih tempat ke-47 di Rio 2016 dan menamatkan aksi di tangga ke-57 sewaktu saingan edisi 2016 di Tokyo.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD