Myanmar perkenal bekerja dari rumah setiap Rabu bagi jimat bahan api

Gambar hiasan

YANGON, 23 Mac – Myanmar memperkenalkan pelaksanaan bekerja dari rumah pada setiap Rabu bagi jabatan kerajaan bermula 25 Mac 2026 sehingga diberitahu kelak bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api, menurut kenyataan yang disiarkan dalam akhbar milik kerajaan The Mirror pada Isnin, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Objektif utama usaha ini ialah menjimatkan penggunaan bahan api.
  • Pegawai dan kakitangan dikehendaki mengelakkan perjalanan atau penggunaan kenderaan tidak penting pada hari bekerja dari rumah.
  • Organisasi swasta dan perniagaan digalakkan melaksanakan pengaturan bekerja dari rumah mengikut kesesuaian.
  • Kerajaan telah melaksanakan giliran kenderaan ganjil-genap dan catuan bahan api serta berusaha mendapatkan import melalui pelbagai saluran.

Pasukan Penerangan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara memaklumkan dalam akhbar itu bahawa objektif utama langkah berkenaan bertujuan untuk menjimatkan bahan api. Oleh itu, pegawai dan kakitangan perlu mengelakkan sebarang perjalanan atau penggunaan kenderaan yang tidak penting pada hari bekerja dari rumah yang ditetapkan.

Ia turut menggalakkan organisasi swasta dan entiti perniagaan melaksanakan pengaturan serupa mengikut kesesuaian.

Sebagai tindak balas terhadap kemungkinan kekurangan bahan api susulan konflik berterusan di Asia Barat, kerajaan sebelum ini melaksanakan sistem giliran kenderaan ganjil-genap serta catuan bahan api.

Selain itu, kerajaan sedang berusaha mendapatkan import bahan api melalui pelbagai saluran bagi memastikan bekalan yang berterusan, menurut pasukan itu. – BERNAMA-XINHUA