fb fb fb fb fb

Ragbi ARC 2024: Skuad negara optimis berdepan UAE

Skuad Ragbi negara membuat persiapan berlatih menentang UAE/Foto RTM

SERDANG,15 Jun-Skuad negara masih optimis dalam memberikan saingan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 21 Jun ini pada Kejohanan Ragbi ARC 2024.

Ketua jurulatihnya, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, berkata dua kekalahan besar sebelum ini tidak mematahkan semangat anak buahnya.

Mohd Farid mengakui beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum berdepan UAE.

"Selepas dua perlawanan, kita nampak banyak perkara yang perlu kita perbaiki terutama sekali bila kita berdepan dengan pasukan yang lebih baik.

"Jadi, macam saya katakan sebelum ini, saya nampak pemain kita cuba beradaptasi bermain dengan pasukan yang lebih baik dan tahap permainan yang lebih tinggi", katanya.

Tambah beliau lagi ketika ini barisan pemain sedang dilatih untuk menghadapi perlawanan dalam cuaca panas dan bermain pada waktu malam.

Ini kerana perlawanan berdepan UAE yang bakal berlangsung di Stadium Seven Dubai akan diadakan pada pukul 7 malam.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD