MUNICH,15 Jun- Jerman membuka kempen Euro 2024 dengan cemerlang apabila membelasah Scotland 5-1 pada perlawanan pembukaan di sini pada Jumaat.
Kemenangan berkenaan sekali gus menyalakan impian pasukan tersebut yang berusaha untuk menjulang kejuaran Euro buat kali kelima.
Florian Wirtz membuka jaringan pada minit ke-10 permainan sebelum Jamal Musiala menggandakan jaringan buat Jerman.
"Kami tidak pernah memulakan perlawanan dengan baik.Melihatkan suasana hangat para penyokong dan itu yang kami perlukan", kata Musiala.
Perlawanan berkenaan juga menjadi iguan buruk Scotland apabila pemainnya, Ryan Porteous diperintahkan keluar padang selepas kekasaran terhadap IIkay Gundogan.
Kai Havertz menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir permainan separuh pertama bagi menjadikan kedudukan 3-0.
Pada separuh masa kedua, Niclas Fuellkrug yang masuk sebagai pemain gantian menambah derita Scotland dengan gol keempat pada minit ke-68.
Sementara gol kelima pasukan Jerman dijaringan pemain gantian Emre Can pada minit-minit akhir permainan.
Scotland berjaya mendapat gol saguhati hasil jaringan sendiri Antonio Rudinger pada minit ke-87.
Jerman kini mengungguli kedudukan kumpulan A.-AFP