fb fb fb fb fb

Euro 2024: Belanda dihimpit krisis kecederaan

Foto REUTERS

BERLIN,15 Jun-Pasukan Belanda yang dihimpit kecederaan pemain menjelang perlawanan pembukaan menentang Poland berharap dapat mempamerkan permainan terbaik selepas persembahan buruk pada kejohanan Piala Dunia di Qatar 2022.

Pasukan 'The Oranje' tersingkir pada Euro 2016 dan Piala Dunia 2018 sebelum dikecewakan pada pusingan 16 terakhir ditangan Republik Czech pada 2021.

Namun dibawah kendalian Louis van Gaal, skuad tersebut mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 sebelum tewas pada penentuan penalti kepada Argentina yang kemudiannya menjuarai kejohanan.

Ronald Koeman yang dilantik mengemudi pasukan buat kali kedua mengharapkan pasukan tersebut mampu mempamerkan persembahan mantap di kejohanan kali ini selepas melepasi peringkat kumpulan dengan mudah meskipun tewas sebanyak dua kali kepada Perancis.

"Kami laparkan kemenangan. Keinginan untuk menang sesuatu", kata sayap pertahanan, Denzel Dumfries kepada pemberita pada Jumaat.

"Kami kini mempunyai beberapa pemain yang sudah mempunyai ramuan diperlukan pada kempen kali ini.

"Jadi, kami mempunyai kelebihan", tambah Dumfries.

Skuad Belanda kini dihimpit siri kecederaan pemain melibatkan Frenkie de Jong, Teun Koopmeiners dan Marten de Roon yang terpaksa disisihkan daripada skuad.

Pemain veteran, Georginio Wijnaldum dijangka menjadi pemain utama dengan pemain Liverpool, Ryan Gravenberch dijangkakan disenaraikan menjelang pertemuan menentang Poland.

Sementara itu, Poland bakal turun tanpa ketua pasukan dan penjaring terbanyak sepanjang masa, Robert Lewandowski yang mengalami kecederaan pada perlawanan pemanas badan menentang Turkiye minggu lalu.

Namun, jurulatih Poland, Michal Probierz tetap berharap penyerang veteran itu dapat diturunkan pada perlawanan kedua menetang Austria.

Poland tersingkir pada peringkat kumpulan tiga tahun lalu tetapi mara ke suku akhir pada kejohanan Euro 2016 dan mara ke pusingan 16 terakhir di Piala Dunia 2022.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD