fb fb fb fb fb

Pusat Akuatik Paroi kini dilengkapi papan markah moden

Hannah ketika ditemui media selepas liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Foto Bernama

SEREMBAN, 20 September - Pusat Akuatik Negeri di Paroi kini dilengkapi dengan papan markah baharu selepas projek naik taraf bernilai RM500,000 siap sepenuhnya pada 29 Julai lalu.

Menurut Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh, projek itu melibatkan penggantian papan markah lama dengan sistem baharu yang lebih moden, termasuk pendawaian serta panel kawalan dalaman.

Penambahbaikan dilaksanakan bagi memastikan keputusan dapat disampaikan dengan lebih pantas, tepat, dan efisien kepada atlet, jurulatih serta penonton.

"Dengan fasiliti ini, kita bukan sahaja boleh memperkukuhkan latihan atlet tempatan, malah membuka peluang untuk Pusat Akuatik Paroi menganjurkan kejohanan kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan.

Apabila ada banyak kejohanan bermakna lebih banyak pendedahan dapat diberikan kepada atlet negara," katanya pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Papan Markah (Scoreboard) di Pusat Akuatik Negeri di sini.

Pada majlis itu juga KBS turut meruntukkan dana tambahan berjumlah RM10,000 tambahan kepada Persatuan Akuatik Negeri Sembilan bagi menyokong penganjuran program dan aktiviti pembangunan sukan akuatik di negeri itu.

JALALUDDIN BIN BAHARIN