fb fb fb fb fb

Pasukan benua Australia kembali hangatkan LTdL 2025

Barisan pelumba St George Continental Cycling ketika beraksi pada perlumbaan Tout Of Hainan

KUALA LUMPUR, 20 September – Skuad berbasikal berstatus benua dari Asutralia, St George Continental Cycling sah kembali menghangatkan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang dijadual berlangsung 28 September ini.

Sekreteriat LTdL 2025 dalam kenyataan memaklumkan, pasukan berkenaan akan membariskan enam pelumba termasuk seorang wakil Malaysia, Tsen Ren Bao yang menyertai skuad itu pada Mac lalu.

Ren Bao, 21 tahun juga merupakan anak kepada legenda berbasikal negara Tsen Seong Hoong pernah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan pada LTdL 2024 dan menamatkan saingan di tempat ke-56 keseluruhan.

Barisan skuad St George turut diperkuat pelumba New Zealand, Mitchel Fitzsimons dan Nate Hadden diikuti pelumba Australia, Declan Tresize dan Ben Carman serta pelumba Britain, Daniel Whitehouse.

Perlumbaan berprestij LTdL 2025 akan berlangsung sebanyak lapan peringkat bermula di Langkawi pada 28 September dan berakhir di Menara Berkembar PETRONAS pada 5 Oktober.

Edisi ke-29 perlumbaan berstatus ProSeries itu melibatkan jarak keseluruhan 1,244 kilometer dengan penyertaan 22 pasukan.

JALALUDDIN BIN BAHARIN