fb fb fb fb fb

China Masters: Tang Jie-Ee Wei mara ke pentas akhir

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 September - Beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei meneruskan prestasi cemerlang apabila mengesahkan tempat ke pentas akhir Kejohanan Badminton China Master di Shenzhen Arena, hari ini.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu beraksi penuh disiplin sebelum menundukkan gandingan pilihan kedua yang juga wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam pertarungan tiga set yang mengambil masa 1 jam 20 minit.

Juara dunia 2025 itu tewas tipis 22-24 di set pertama, namun bangkit mengubah corak permainan lebih agresif pada set kedua untuk mencatat kemenangan 21-19.

Momentum itu diteruskan pada set penentuan dengan serangan konsisten yang memaksa lawan melakukan beberapa kesilapan, sekali gus memastikan kemenangan 21-17.

Mereka bakal berdepan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada perlawanan akhir pada Ahad.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD