fb fb fb fb fb

Pulih daripada kecederaan, Junior sedia berkhidmat untuk Harimau Malaya

 

KELANA JAYA, 24 Mei - Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal menyifatkan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon sebagai pengendali yang mempunyai perancangan dan falsafah bolasepak yang amat teliti.

Jelas Edstal, hasil perbualan panjang bersama bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu sudah cukup memberi gambaran keistimewaan dimiliki Pan Gon.

Beliau juga mengakui tidak sabar untuk menghadapi perlawanan pertama dibawah kendalian Pan Gon selepas terlepas siri perlawanan persahabatan pada Mac akibat kecederaan.

"Kadang-kadang bila ada jurulatih baharu, para pemain akan ambil masa untuk sesuaikan diri dan sebagainya, tetapi macam dia (Kim Pan Gon), sebelum pemain datang dia dah beritahu apa yang dia mahukan, apa posisi jadi, sebelum pemain ke kem latihan, mereka sudah tahun apa yang patut dilakukan, jadi saya rasa ia bagus," kata Edstal.

Edstal ditemui pemberita sebelum menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan di Wisma FAM.

Beliau berharap 30 pemain yang dipanggil Pan Gon kali ini membalas kepercayaan yang diberi dengan bermain mengikut taktikal yang telah dirangka.

Skuad negara bakal menjalani dua perlawanan persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong sebelum membuka kempen kelayakan Piala Asia bertemu Turkmenistan pada 8 Jun depan. 


( Pemain Harimau Malaya, Junior Eldstal)

Media Baharu