fb fb fb fb fb

Manuel Neuer lanjut kontrak bersama Bayern Munich

BERLIN, 24 Mei - Kapten Bayern Munich dan Jerman, Manuel Neuer telah menandatangani lanjutan kontrak selama setahun bersama juara Bundesliga itu sehingga 2024.

Neuer baru sahaja membawa Bayern meraih kejuaraan Bundesliga kesepuluh berturut-turut dan akan berusia 38 tahun apabila perjanjian baharunya tamat.

"Manuel Neuer ialah penjaga gol terbaik di dunia dan telah menetapkan standard di peringkat antarabangsa selama bertahun-tahun," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn.

“Ia adalah satu pencapaian yang luar biasa untuk dapat menyampaikan persembahan bertaraf dunia dengan begitu konsisten dalam tempoh masa yang begitu lama.

"Manuel adalah salah seorang tokoh dalam sejarah FC Bayern."

Neuer, yang membantu pasukannya memenangi iala Dunia 2014, meninggalkan Schalke pada 2011 untuk menyertai Bayern, memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada 2013 dan 2020 dan telah membuat 472 penampilan bersama The Bavarian.

Neuer adalah veteran kedua yang telah lama berkhidmat, menandatangani lanjutan setahun untuk Bayern baru-baru ini selepas Thomas Mueller.

Bagaimanapun, masa depan penyerang Bayern Robert Lewandowski dan Serge Gnabry, yang kontrak semasa kedua-duanya tamat pada 2023, masih tidak jelas.- AFP

 


(Kapten Bayern Munich dan Jerman, Manuel Neuer /AFP)

Media Baharu